Profil

LATAR BELAKANG PDTK


Pejabat Tanah Kemaman merupakan Pejabat Tanah pertama diwujudkan di Negeri Terengganu iaitu pada tahun 1888 dengan lantikan Pegawai Daerah merangkap Pemungut Hasil Tanah Daerah Kemaman. Ini diikuti dengan Pejabat Tanah Marang pada tahun 1920, Pejabat Tanah Hulu Terengganu pada tahun 1922, Pejabat Tanah Kuala Terengganu pada tahun 1923, Pejabat Tanah Besut pada tahun 1927 dan Pejabat Tanah Dungun pada tahun 1929. Pejabat Tanah Setiu adalah yang terakhir sekali diwujudkan Iitu pada 1 Januari 1985 akibat pengubahan sempadan daerah-daerah Besut dan Kuala Terengganu.
Pada tahun 1984 jawatan Pemungut Hasil Tanah Daerah telah ditukar kepada Pentadbir Tanah Daerah yang kemudiannya dipinda menjadi jawatan Pentadbir Tanah selaras dengan pindaan Kanun Tanah Negara. Kesemua Pejabat Tanah telahpun berpindah ke Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah baru yang lebih luas dan selesa bermula dengan Pejabat Tanah Kemaman pada14 Jun 1982. Perpindahan ini diikuti oleh Pejabat Tanah Besut pada 25 Mac 1989, Pejabat Tanah Setiu pada tahun 1990, Pejabat Tanah Dungun pada tahun 1994, Pejabat Tanah Marang pada 1 September 1996, Pejabat Tanah Hulu Terengganu pada 1 Jun 1997 dan Pejabat Tanah Kuala Terengganu pada 1 Ogos 1998.

No comments:

Post a Comment