
7 Februari 2013 – Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman telah
menganjurkan pertandingan perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat
Daerah Kemaman bertempat di Padang Astaka, Bandar Chukai Kemaman. Majlis yang
bermula seawal jam 7.00 pagi telah dimeriahkan dengan penyertaan dari pelbagai
jabatan kerajaan, NGO, sekolah rendah dan menengah serta JKKK dari seluruh
Daerah Kemaman.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh
Y.A.B Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad b. Said kira-kira jam 1.30 petang.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Air Putih, Y.B Haji Wan Abdul
Hakim b. Wan Mokhtar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemasik Y.B Ir. Rosli
b. Othman dan ramai lagi.
Sepanjang berlangsungnya pertandingan,
turut disertakan beberapa cabutan bertuah untuk peserta-peserta pertandingan.
Antara hadiah yang disediakan ialah sebuah motorsikal, televisyen, peti sejuk,
mesin basuh, basikal dan lain-lain .
Kemuncak
acara ialah pengumuman juara bagi kategori jabatan kerajaan / swasta / NGO yang
berjaya disandang oleh Petronas. Naib johan pula disandang oleh TATiUC dan
Pesama Timber di tempat ketiga. Bagi kategori JKKK, gelaran juara telah Berjaya
disandang oleh JKKK Taman Perumahan Gong Pauh. Bagi Kategori Wanita pula,
Wanita KETENGAH telah Berjaya mendapat tempat pertama. Manakala Sekolah
Kebangsaan Teluk Kalong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Baru Kerteh
masing-masing menjuarai kategori sekolah menengah dan rendah.


